WELCOME ALL TO SAKURA HOUSE
Pelbagai design available with a reasonable price. HAPPY SHOPPING!!!
FYI, suma gelang ni available untuk kanak2 juga ye :D biasanya untuk kanak2, harga akn kurang dari yg dewasa kerana bilangan batu yg digunakan kurang dari dewasa.
Berminat?? sms or call sy : 017-3320955
Wednesday, October 7, 2009
Mengubati Keresahan Jiwa dengan Al-Qur'an.
Al-Qur’an al-Karim adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya kepada alam ini. Ia menjadi petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat manusia di muka bumi.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia”.(Surah al-Baqarah ayat 185).
Membaca al-Qur’an adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan mendapat pahala berlipat ganda pada setiap hurufnya.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Qur’an maka dia akan mendapat satu kebajikan, dan satu kebajikan itu nilainya 10 kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf” (Hadis Riwayat Tirmizi). Jelaslah bahawa al-Qur’an itu adalah sebaik-baik bahan bacaan bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah tidak kira ketika senang atau susah.
Selain merupakan ibadah yang diberi ganjaran, al-Qur’an juga mampu mengubati keresan jiwa insan. Diceritakan bahawa seorang lelaki berjumpa dengan Ibn Mas’ud r.a untuk meminta nasihat bagi mengubati jiwanya yang gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa. Ibnu Mas’ud menasihati agar lelaki tadi mengunjungi tiga tempat iaitu:
-------> Pertama: tempat orang membaca al-Qur’an atau mendengar baik-baik orang yang membaca al-Qur’an.
-------> Kedua : menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah.
-------> Ketiga: memohon ketenangan dan ketenteraman jiwa dan ketenteraman fikiran dan kemurnian hati.
Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, minta kepada Allah s.w.t. agar diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya. Lalu lelaki itu mengamalkan apa yang di nasihatkan oleh Ibn Mas’ud. Dia pergi mengambil wudhuk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk.
Selepas sempurna membaca al-Quran jiwanya terasa tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali. Perlu dijelaskan membaca al-Qur’an, samaada memahami ertinya atau tidak adalah ibadah, amalan soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya. Memberi cahaya dalam hati, memberi cahaya kepada keluarga juga tempat dimana al-Qur’an itu dibaca.Daripada Anas bin Malik r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumahtangga kamu dengan solat dan dengan membaca al-Qur'an"(Hadis Riwayat al-Baihaqi).
Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin telah memberi garis panduan yang berkaitan dengan adab-adab membaca al-Qur'an iaitu adab batin dan zahir. Adab batin itu ialah memahami kalimah-kalimah yang dibaca, ada rasa penghayatan membesarkan kalimah Allah, menghadirkan hati sepenuhnya ketika membaca, memperhalus perasaan dan jiwa. Dengan sebab batin itu, kandungan al-Qur'an yang dibaca dengan perantaraan lidah itu dapat bersemi di dalam jiwa dan meresap kedalam lubuk hati si pembaca. Untuk membesarkan kalimah Allah s.w.t seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Ghazali seorang itu mestilah menghadirkan dalam hati betapa keagungan Allah yang mempunyai kalimah-kalimah itu tadi.
Pembaca mesti memahami bahawa apa yang dibaca itu bukan tutur kata manusia tetapi ia adalah kalam Allah. Membesarkan kalam Allah itu bukan sahaja ketika membacanya, tetapi juga ketika menjaga tulisan-tulisan al-Qur'an.
Adab-adab zahir adalah seperti berikut:
1. Membaca al-Qur'an mestilah dalam keadaan bersih dan berwudhuk. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Tidak boleh menyentuh al-Qur'an kecuali makhluk-makhluk yang diakui bersih suci".(Surah al-Waqi'ah ayat 79).
2. Al-Qur'an hendaklah diambil dari tangan kanan dan sebaik-baiknya hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan.
3. Al-Qur'an hendaklah dibaca ditempat yang bersih, seperti dirumah, dimasjid dan lain-lain tempat. Paling utama adalah di masjid.
4. Mulut hendaklah bersih, tidak berisi sisa-sisa makanan, kerana itu seorang itu hendaklah bersugi sebelum itu.
5. Disunatkan membaca al-Qur'an dalam keadaan menghadap kiblat. Membacanya dengan penuh khusyuk dan tenang. Dalam masa yang sama orang yang membaca hendaklah berpakaian yang sesuai.
6. Sebelum membaca, seseorang hendaklah memohon perlindungan daripada Allah. Permohonan ini diistilahkan sebagai 'at-Ta'awwuz'. Setelah itu barulah membaca 'Basmalah'. Dilakukan demikian agar ia dilindungi Allah daripada tipu daya iblis dan syaitan yang boleh menyebabkan hati dan fikiran tidak tenang ketika membaca al-Qur'an. Elok juga seseorang itu memohon kepada Allah agar hatinya menjadi terang dengan do'a yang bermaksud, ' Ya Allah, bukakan bagi kami hikmat-Mu dan anugrahkan rahmat-Mu kepada kami dari khazanah-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang".
7. Al-Qur'an hendaklah dibaca dengan tartib, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.
8. Bagi mereka yang boleh memahami makna dan maksud ayat-ayat yang dibaca, mereka hendaklah membacanya dengan penuh perhatian dan penghayatan. Untuk mereka yang tidak memahami bahasa Arab selepas membaca ayat-ayat ai-Qur'an hendaklah membaca terjemahannya supaya makna dan maksud ayat-ayat yang dibaca dapat difahami.
Kesimpulannya, membaca al-Qur'an samaada memahami maknanya atau pun tidak tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Selepas membaca dan memahami makna dan maksud al-Qur'an, seseorang itu mestilah cuba melaksanakan segala bentuk arahan-arahan yang datang daripada Allah s.w.t. kerana al-Qur'an diturunkan adalah untuk menjadi peduman hidup manusia di dunia ini.
Wednesday, September 23, 2009
SenYum SenYuM sEnYUm
Senyum
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh dan mengomel sorang -sorang yea tak? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda. Cubalah jangan tak cuba :D
Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam saya kalu ada masalah saya suka menyendiri, take time untuk berfikir balik apa yang perlu kita buat. Kita renung kembali apa yang berlaku dan ambil iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi semata-mata. Bukan itu sahaja malah jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
Berbuat baiklah pada insan
Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling. Seandainya terlihat seseorang yang boleh membuatkan kita stress, adalah lebih baik kita jangan memandang dia. Jika mendengar percakapannya adalah lebih afdal kita mendiamkan diri, pekakkan telinga. Hmmmmm, ibarat macam kena marah dengan bos lerrr.
Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf
Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus kita lakukan. Hanya dengan cara inilah pasti hati akan berlapang dada dan sekaligus stress akan berkurangan.
Peluk
Kita pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika kita mempunyai teman baik perempuan sama perempuan peluklah dia, jika ada anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching boleh juga memeluk atau mengusapnya. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan kita.
Lavender
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan pasti tidak akan susut kerana sebenarnya kita tidak berseorangan didunia ini.
Allah
Ikutlah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya kita tidak akan rugi walau sesaat.
Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling kita setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.
Friday, September 18, 2009
LOWEST INTEREST - Pinjaman Koperasi - kowaja
LOWEST INTEREST
Pada Tahun Pertama Hingga Tahun Ketiga
Jimat masa anda kerana kami akan menguruskan ditempat anda.
LULUS 5 HARI!!!
Pinjaman koperasi tanpa penjamin RM150,000 sehingga 15 tahun kakitangan kerajaan dan badan berkanun sahaja.
· 1 salinan IC terbaru (disahkan)
· 1 salinan 1 bulan slip gaji terbaru (disahkan)
· 1 original slip gaji terbaru
· 1 salinan bil air @ api
· 1 surat pengesahan jawatan
· 1 salinan penyata bank
Faedah / kelebihan:
· Penyelesaian bagi CTOS, CCRIS, blacklisted < RM30,000 & Overlapping
· Bayaran balik sehingga 15 tahun.
***** Sila SMS jumlah gaji pokok + elaun tetap, jumlah
potongan dan gaji bersih untuk pengiraan.*****
REDUWAN
017-3360306
Wednesday, September 9, 2009
How to Clean **Swarovski Crystal**

**Swarovski** Crystal

Tuesday, September 8, 2009
Terbaik dari Malaysia :D
Berita Harian 8 September 2009
KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia, Adelina Raisa Sufian, meraih anugerah Pelajar Keseluruhan Terbaik dengan kelulusan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Queen Mary College, University of London, sekali gus muncul pelajar pertama negara menerima anugerah berkenaan.
Pelajar berusia 21 tahun itu mencipta sejarah tersendiri dipilih untuk anugerah Westfield Trust Prize for Outstanding Academic Achievement apabila memenangi anugerah paling berprestij universiti itu. Anak sulung pasangan Datuk Sufian Majid dan Datin Alissa Fitri itu berkata, beliau gembira dan bangga kerana mendapat kelulusan kelas pertama dan menggondol anugerah berkenaan kerana ia adalah impian dan cita-citanya ketika menjejak kaki ke universiti itu.
"Saya belajar bersungguh-sungguh dengan menetapkan sasaran tertentu. Yang penting adalah kesungguhan dan keyakinan diri. "Saya terpaksa menandingi ramai pelajar di London dan dari negara lain. Berbekalkan semangat yakin boleh, saya berjaya melakukannya. "Saya juga mendapat sokongan ibu bapa dan adik. Kata-kata rangsangan mereka memberikan suntikan semangat yang kuat kepada saya," katanya.
Adelina Raisa yang mahir bermain piano dan mewakili universiti pada pertandingan koir, Matematik dan pelbagai aktiviti lain, berkata pelajar Malaysia boleh melakukan yang terbaik dalam pengajian bahasa Inggeris walaupun meneruskan pengajian di luar negara seperti di London yang penuh cabaran. Beliau pernah memenangi anugerah Headmaster's Prize' pada 2004 di Oakham School dan Anugerah Terbaik mata pelajaran Matematik, Inggeris dan Kimia pada tahun yang sama. Adelina berkata, beliau akan bekerja di Malaysia. Saya sayangkan Malaysia kerana banyak peluang dan perlu menyumbang tenaga untuk negara.