Senyum
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh dan mengomel sorang -sorang yea tak? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda. Cubalah jangan tak cuba :D
Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam saya kalu ada masalah saya suka menyendiri, take time untuk berfikir balik apa yang perlu kita buat. Kita renung kembali apa yang berlaku dan ambil iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi semata-mata. Bukan itu sahaja malah jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
Berbuat baiklah pada insan
Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling. Seandainya terlihat seseorang yang boleh membuatkan kita stress, adalah lebih baik kita jangan memandang dia. Jika mendengar percakapannya adalah lebih afdal kita mendiamkan diri, pekakkan telinga. Hmmmmm, ibarat macam kena marah dengan bos lerrr.
Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf
Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus kita lakukan. Hanya dengan cara inilah pasti hati akan berlapang dada dan sekaligus stress akan berkurangan.
Peluk
Kita pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika kita mempunyai teman baik perempuan sama perempuan peluklah dia, jika ada anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching boleh juga memeluk atau mengusapnya. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan kita.
Lavender
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan pasti tidak akan susut kerana sebenarnya kita tidak berseorangan didunia ini.
Allah
Ikutlah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya kita tidak akan rugi walau sesaat.
Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling kita setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.