Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan, kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja di pejabat ...
Di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat,
Celik mata, sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...
bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...
Terus berlumba dengan masa memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak, membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya seorang pembantu wajar disediakan.
Lelaki yang hanyut dalam ke asyikan Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam dian
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS
Jika diri tak seindah SULAIMAN
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM
Jika tak sekuat SARAH
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.
Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.
WELCOME ALL TO SAKURA HOUSE
Come n see my bling² SWAROVSKI. See, adored n jangan malu² untuk make an order.
Pelbagai design available with a reasonable price. HAPPY SHOPPING!!!
FYI, suma gelang ni available untuk kanak2 juga ye :D biasanya untuk kanak2, harga akn kurang dari yg dewasa kerana bilangan batu yg digunakan kurang dari dewasa.
Berminat?? sms or call sy : 017-3320955
Pelbagai design available with a reasonable price. HAPPY SHOPPING!!!
FYI, suma gelang ni available untuk kanak2 juga ye :D biasanya untuk kanak2, harga akn kurang dari yg dewasa kerana bilangan batu yg digunakan kurang dari dewasa.
Berminat?? sms or call sy : 017-3320955
Thursday, October 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment