Antara sebab & punca yang merangsang sakit kepala:
Tekanan (tension headache), Kemurungan, Migraine (penyempitan salur darah) , Penyakit serta ketegangan dalam mata, Sakit gigi dan tulang rahang, Penyakit berkaitan anggota telinga, hidung dan tekak, Kejang otot, Kecederaan kepala dan tengkuk/leher. Angin ahmar, Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor). Tekanan darah tinggi , Pengambilan dadah dan racun.
Rawatan yg boleh dibuat (bergantung kepada sebab)
- Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
- Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
- Cuba teknik bertenang dan urutan.
- Jika migraine, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi dan ubah suai pemakanan.
- Kendalikan tekanan dengan baik.
- Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
- Rawatan khusus bagi penyakit tertentu
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika ada tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti :
- Demam.
- Jika melebihi 40 tahun.
- Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
- Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
- Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa dialami.
- Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
- Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
- Kejang tengkuk/leher.
- Khayal/lali.
- Sawan.
- Rasa lemah dan kebas.
- Kabur penglihatan atau buta.
- Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
- Loya, muntah.
- Hilang selera makan dan susut berat badan.
- Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Cara cegah:
- Tangani tekanan dengan baik.
- Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
- Pemakanan seimbang.
- Kerap bersenam.
- Berhenti merokok.
- Amalkan gaya hidup sihat
No comments:
Post a Comment