WELCOME ALL TO SAKURA HOUSE

Come n see my bling² SWAROVSKI. See, adored n jangan malu² untuk make an order.
Pelbagai design available with a reasonable price. HAPPY SHOPPING!!!

FYI, suma gelang ni available untuk kanak2 juga ye :D biasanya untuk kanak2, harga akn kurang dari yg dewasa kerana bilangan batu yg digunakan kurang dari dewasa.

Berminat?? sms or call sy : 017-3320955

Monday, September 7, 2009

Gelang Sweets SwaRovsKi -> AnYaman

Hai semua. Hari ni sy baru nk upload pic untuk gelang Swarovski yang anyaman punya setelah sekian lama kata nak upload tp x upload. heheheh.. Semua gelang ni mmg made from batu Swarovski, mmg cantik & berkelip2 :D

To all visitors, hv a pleasure utk tgk2 ye. If berminat or ada kemusykilan or any question, pls sms / call / email or comment je ye. Insyaallah sy akn reply ASAP.

Below is the step untuk memesan design Gelang Swarovski yang anda minat/suka:

1. Taip no kod design yang anda minat, contoh: 0100 (jika ada).
2. Diminta untuk anda mengukur sendiri panjang gelang yang anda ingin tempah menggunakan ukuran cm, contoh : 17cm
3. Nyatakan sama ada anda ingin membuat pembayaran secara deposit atau bayaran penuh, deposit awal minimum RM70.
4. Berikan nama dan alamat penuh di mana tempahan perlu dihantar.
5. Email kepada
sakura.arigato@yahoo.com / sms ke no 017 3320955

TEMPAHAN AKAN DI HANTAR KE ALAMAT ANDA SELEPAS SEMINGGU BAYARAN PENUH DITERIMABAYARAN POS AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK SAYA.



Kod : 0100
Harga : RM 95
Diskaun 15% = RM80.75
Panjang : 17 Cm
SOLD OUT


Kod : 0200
Harga : RM 102
Diskaun 15% = RM86.70
Sold Out
Panjang : 18 Cm

Kod : 0300
Harga : RM 87
Diskaun 15% = RM73.95
Panjang : 17 Cm
SOLD OUT


Kod : 0400
Harga : RM 100
Diskaun 15% = RM85
Sold Out
Panjang : 17 Cm



Kod : 0500
Harga : RM 95
Diskaun 15% = RM80.75
Panjang : 16 Cm



Kod : 0600
Harga : RM 95
Diskaun 15% = RM80.75
Panjang : 17 Cm



Kod : 0700
Harga : RM 85
Diskaun 15% = RM72.25
Panjang : 16 Cm


Kod : 0800
Harga : RM 95
Diskaun 15 % = RM80.75
Panjang : 17 Cm



Kod : 0900
Harga : RM 75
Diskaun 15 % = RM63.75
Panjang : 17 Cm
SOLD OUT
Kod : 1000
Harga : RM 95
Diskaun 15% = RM80.75
Panjang : 16 Cm



Kod : 1100
Harga : RM 75
Diskaun 15% = RM63.75
Panjang : 17 Cm


Jika Berminat, ukur pergelangan tangan dan sms/call/ YM : sakura.arigato - saya untuk menempah. Setiap Harga adalah berdasarkan kepanjangan setiap gelang.

Hanya sebutir kurma

Kawan2. Berdasarkan pengajaran yang kita dapat daripada cerita dibawah, aku terharu dan ingin memohon kepada semua kawan2 supaya menghalalkan apa sahaja yang terjadi diantara aku dan kamu semua termasuklah makan minum, barang2, atau kata2 janji yang tidak dikotakan. Sesungguhnya kita tidak tahu bila & dimana kita akan berada selepas ini. Salam Ramadhan kepada semua.
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniatziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma daripedagang tua di dekat mesjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihatsebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahimmemungut dan memakannya.Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulankemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah padasebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.Ia shalat dan berdoa khusuk sekali.
Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya."Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warayang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"kata malaikat yang satu." Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4 bulanyg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh darimeja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi. Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkinamalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWTgara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjualkurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim. "Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu. "Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat."Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur kumakan tanpa izinnya?". "Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena merekamempunyai hak waris sama dengan saya." "Dimana alamat saudara-saudaramu? biar saya temui mereka satu persatu. "Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah merekayang termakan oleh ibrahim.4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawahkubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengarlagi bercakap cakap." Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain." "Ooooooo, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoransebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas." "Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi. Forwardlah e-mail ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu. "Pada hadits yang lain S.A.W. bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).

Friday, September 4, 2009

Pak Lang pulang ke Rahmatullah sebentar td


Sy baru dpt kol dari along tadi, inform pak lang baru je meninggal..Innalillah.. sedih..

Bagaimana menghadapi sakit kepala

Sakit kepala kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita mengalaminya. Walaupun ia tak la serius, tp menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.

Antara sebab & punca yang merangsang sakit kepala:

Tekanan (tension headache), Kemurungan, Migraine (penyempitan salur darah) , Penyakit serta ketegangan dalam mata, Sakit gigi dan tulang rahang, Penyakit berkaitan anggota telinga, hidung dan tekak, Kejang otot, Kecederaan kepala dan tengkuk/leher. Angin ahmar, Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor). Tekanan darah tinggi , Pengambilan dadah dan racun.


Rawatan yg boleh dibuat (bergantung kepada sebab)
  • Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
  • Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
  • Cuba teknik bertenang dan urutan.
  • Jika migraine, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi dan ubah suai pemakanan.
  • Kendalikan tekanan dengan baik.
  • Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
  • Rawatan khusus bagi penyakit tertentu

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika ada tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti :

  • Demam.
  • Jika melebihi 40 tahun.
  • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
  • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
  • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa dialami.
  • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
  • Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
  • Kejang tengkuk/leher.
  • Khayal/lali.
  • Sawan.
  • Rasa lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta.
  • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
  • Loya, muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

Cara cegah:

  1. Tangani tekanan dengan baik.
  2. Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
  3. Pemakanan seimbang.
  4. Kerap bersenam.
  5. Berhenti merokok.
  6. Amalkan gaya hidup sihat

Thursday, September 3, 2009

Kekalahan hanyalah bersifat sementara

Hari ni sy ada terbaca satu artikal.

Leh dikatakan sebagai untuk motivasi diri juga untuk kita. Sy berminat untuk share apa yg sy bc dan dirasakan menarik untuk dikongsi bersama yg lain :D

Kekalahan Itu Bersifat Sementara, Putus Asa Menjadikannya Kekal.

Apabila kita mengalami kekecewaan, atau kita gagal dalam sesuatu usaha, sememangnya sukar untuk kita bangun dan berjuang semula. Jika ada seperti ini, sebenarnya tiada apa yang perlu kita runsingkan. Ini adalah satu respon semulajadi yang lahir daripada hati dan perasaan seorang manusia, dan kita jangan sekali-kali menyalahkan diri semata-mata kerana berperasaan sedemikian. Apa yang perlu beri perhatian ialah, apa yang kita lakukan dalam keadaan sedemikian? Bagaimanakah menangani perasaan kita itu? Malah, bagaimana kita memanfaatkan kekalahan kita itu? Satu perkara yang kita harus tahu yakni ialah kegagalan dan kekecewaan merupakan satu rukun penting dalam proses perkembangan diri.

Seorang ilmuwan pernah berkata : Manusia yang tidak pernah gagal tidak akan mencapai kejayaan. Kita boleh menganggap bahawa kesilapan dan kegagalan kita sebagai satu papan tanda dalam jalan kehidupan yang mengingatkan kita “Jalan ini salah!”. Dalam ertikata lain, setiap kesilapan kita membuat kita mengenali jalan atau cara yang betul. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Edison apabila setelah beribu-ribu kali gagal menyalakan lampu mentol yang beliau cipta, beliau berkata bahawa beliau bukan gagal, tetapi menjumpai beribu-ribu cara untuk tidak menyalakan mentol tersebut! Sememangnya kita selalu menganggap bahawa kehidupan yang ‘lancar’ itulah yang terbaik dan yang ideal. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Kata orang, laut yang sentiasa tenang tidak akan menghasilkan pelaut yang mahir dan cekap. Namun laut yang bergeloralah yang bisa melahirkan pelaut-pelaut mahir yang dapat mengemudi bahtera kehidupan ke tempat-tempat yang belum pernah diterokai.

Jika kita tidak menguji diri kita, kita tidak akan tahu apa kelemahan kita. Jika kita tidak tahu kelemahan kita, kita akan selesa dengan keadaan sedia ada dan tidak berusaha untuk memperbaikinya. Kerana dalam minda kita, kita rasa kita sudah ‘sempurna’, atau setidak-tidaknya kita berpuas hati dengan keadaan kita seadanya.

Jika ditanya sekarang, jika kita ingin belayar jauh, adakah kita akan menyerahkan bahtera kepada pelaut yang hanya melayari laut tenang dan tidak pernah menghadapi ribut dan sebagainya, atau pelaut yang biasa dengan lautan bergelora, membelah lautan terbuka? Jika anak kita, atau adik kita yang baru belajar berjalan, kerap jatuh bangun, mendedahkan dirinya kepada risiko-risiko seperti terhantuk meja, kerusi atau terlentang atas lantai, apakah kita akan berkata “Cukuplah, tak usahlah membahayakan diri lagi"? Tidak sekali-kali. Sebab itulah agaknya sebahagian besar manusia dunia ini boleh berjalan! Sebab sebagai kanak-kanak kecil, mereka tidak pernah mengalah. Mereka tidak kenal perkataan ‘putus asa’. Mungkin kita juga perlu mengingatkan diri kita tentang sifat kita yang sering dilupakan ini.

Ingatlah, kekalahan adalah sementara, hanya sifat putus asa kitalah yang menjadikannya kekal.

Alpha Lipid


Harga satu tin (450g) Alpha Lipid LifeLine ini hanyalah RM180 sahaja. Dengan khasiat yang berbagai untuk kesihatan tubuh kita dan keluarga, ia merupakan minuman kesihatan yang paling lengkap dan paling murah di pasaran.

Alpha Lipid Lifeline™ mengandungi zat pemakanan (karbohidrat, protein, vitamin dan mineral) yang lengkap maka, kita tidak perlu mengambil beberapa pil tambahan yang berasingan (Semua dalam Satu dan Satu untuk Semua). Selain itu, terdapat beberapa faktor-faktor tambahan (seperti immunoglobulin - antibodi semulajadi, faktor pertumbuhan, prebiotik dan probiotik) yang membantu pemulihan penyakit dari peringkat asas dan tidak hanya menghilangkan simptom penyakit yang bersifat sementara .

Faktor pertumbuhan menyebabkan berlakunya pertumbuhan dan penukaran sel tisu dalam badan dengan cepat terutamanya tisu yang rosak atau mati. Sebab itu organ atau angota badan kita yang sakit akan beransur pulih perlahan-lahan hingga kembali normal dan kita akan terlepas dari kesengsaraan penyakit yang dialami.

Bagi mereka yang mementingkan kecantikan akan merasa selesa jika mengamalkan pengambilan Alpha Lipid Lifeline™ kerana sel tisu pada kulit bagi yang telah berumur akan mati lebih cepat berbanding yang tumbuh menyebabkan kulit akan kelihatan tua dan berkedut. Pengamal Alpha Lipid Lifeline™ akan kelihatan lebih muda kerana sel tisu kulit akan ditukar lebih cepat berbanding sel kulit yang mati. Ini telah dibuktikan oleh pengamal Alpha Lipid Lifeline™.

Kolostrum Alpha Lipid Lifeline™ adalah makanan SEMULAJADI dan BUKAN UBAT ianya ialah makanan tambahan sesuai untuk semua peringkat usia.
Kandungan di dalam Alpha Lipid LifeLine ™

Kandungan Vitamins
Vitamin A Untuk kesihatan mata.
Vitamin B12 Menambah darah, sesuai untuk perempuan mengandung.
Vitamin B6 Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.
Vitamin B1 Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B2Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B3 Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin CUntuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang punyai masalah kulit.
Vitamin D Penyerapan calcium lebih banyak, tanpa Vitamin D calcium yang dimakan akan keluar sebagai najis .

Kandungan Minerals
Kalsium
Kurangkan osteoporosis (Tulang kurang padat) yang bermula pada umur 35 tahun. Termasuk perempuan yang putus haid "monopous" akan mengalami osteoporosis. Dapat kurangkan tekanan.

Magnesium
Membantu fungsi saraf dan merehatkan otot, termasuk mengatur degupan jantung agar tetap normal. Dapat kurangkan tekanan.

Iron
Berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.

Sodium
Membantu menormalkan tekanan darah dan fungsi normal otot dan urat saraf.

Folic Acid
Pembentukan darah (merah) baru.

Potassium
Berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot.
Kandungan Tambahan

Complex Lipid (Dipatent - Unik)Mengikut kajian tanpa Complex Lipid, penyerapan kolostrum yang diambil hanya sebanyak 20% sahaja, manakala 80% lagi akan dikeluarkan. Dengannya 80% akan diserap dan hanya 20% akan dikumuhkan.

Probiotix
Khasiat probiotix adalah seperti yang terdapat di dalam Yakult.

Prebiotix
Pemangkin kepada probiotix.

Kandungan Total Immunoglobulin
IgA
Juga dikenali sebagai mukos antibodi, mencegah serangan kuman bakteria daripada melekat pada dinding organ. Juga membantu menghasilkan protein yang mencukupi untuk badan manusia.

IgM
Antibodi ini dihasilkan oleh sel-B & dijumpai pada tulang, usus makan, paru-paru & kelenjar limpa. Ianya dapat mengaktifkan penghasilan sel darah merah, membekalkan oksigen serta mempercepatkan proses meneutralisasi sebarang racun kuman bakteria yang dijumpai dalam badan manusia.

IgE
Fungsi sebagai bahan peroksida, melindungi sel-sel membran, menghalang sebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf & bahagian otak manusia.

IgG
Merupakan komposisi tertinggi dalam antibodi, mengaktifkan sel darah putih untuk menentang serangan kuman bakteria, terutama E-coli, kuman bakteria yang kerap dijumpai dalam usus pesakit.
IgD
Membekalkan haba, membantu penyerapan kalsium & pengagihan kalsium pada tulang.
IgFI & IgFIIIgF merangsang pertumbuhan kulit baru. Mengekalkan ketegangan kulit dan melawan fungus, bacteria, virus dan pathogen.

SUMBANGAN UNTUK HAMBA ALLAH DARI HAMBA ALLAH KERANA ALLAH


Salam Semua…
Actually sy dpt info ni from my email. One of my friend forward to me. sy tepk y not i take some space in my blog utk spread this matter to ppl.

So, hv a pleasure to read this.


Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP dan Mak kerja kilang di Prai.. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya, sebab doctor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer.. Bila dah dipotong barulah dapat Nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari buntut belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar. Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang.


Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat . Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat menjalani rawatan yang lebih baik lagi. Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star.. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2jam. Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantar Fatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka. Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang kan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan.

Keluarga Fatin menetap di 4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara.. Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin. Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian 019-4023596 atau 019-4023596.. Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga jalan. Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m. Rumah ayah Fatin di sebelah kanan kembar dua) dan akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (alwadiah) adalah 4-915303305.

Mudah-mudah Allah memberkati apa yang kita lakukan.

Nama anak : Nur Fatin Najwa Mohd Rashidi
Usia : 3+ bulan (pada 10/8/05)

Kaki kiri dipotong pada hari ketiga kelahirannya ke dunia ini. Kaki kiri semasa dilahirkan mempunyai ketumbuhan yang menutupi kedua-dua saluran hadapan dan belakang. Anak bongsu dari 9 beradik ini memerlukan rawatan lanjut di Hospital Alor Setar.

Mohon sumbangan dari tuan/puan Yang perihatin supaya anak kecil Ini akan mendapat peluang untuk menerima rawatan yang lebih Sempurna.

Hulurkan sumbangan anda di Tabung yang disediakan.

Atau

Hubungi sendiri bapa Nur Fatin Di talian 019 4023596 atau 019 4023596 (Rashidi)

SUMBANGAN UNTUK HAMBA ALLAH DARI HAMBA ALLAH KERANA ALLAH

Terima Kasih Tak derma tak peeee....sebarkanlah cerita ini pd org lain.