WELCOME ALL TO SAKURA HOUSE

Come n see my bling² SWAROVSKI. See, adored n jangan malu² untuk make an order.
Pelbagai design available with a reasonable price. HAPPY SHOPPING!!!

FYI, suma gelang ni available untuk kanak2 juga ye :D biasanya untuk kanak2, harga akn kurang dari yg dewasa kerana bilangan batu yg digunakan kurang dari dewasa.

Berminat?? sms or call sy : 017-3320955

Friday, September 4, 2009

Pak Lang pulang ke Rahmatullah sebentar td


Sy baru dpt kol dari along tadi, inform pak lang baru je meninggal..Innalillah.. sedih..

Bagaimana menghadapi sakit kepala

Sakit kepala kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita mengalaminya. Walaupun ia tak la serius, tp menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.

Antara sebab & punca yang merangsang sakit kepala:

Tekanan (tension headache), Kemurungan, Migraine (penyempitan salur darah) , Penyakit serta ketegangan dalam mata, Sakit gigi dan tulang rahang, Penyakit berkaitan anggota telinga, hidung dan tekak, Kejang otot, Kecederaan kepala dan tengkuk/leher. Angin ahmar, Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor). Tekanan darah tinggi , Pengambilan dadah dan racun.


Rawatan yg boleh dibuat (bergantung kepada sebab)
  • Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
  • Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
  • Cuba teknik bertenang dan urutan.
  • Jika migraine, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi dan ubah suai pemakanan.
  • Kendalikan tekanan dengan baik.
  • Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
  • Rawatan khusus bagi penyakit tertentu

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika ada tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti :

  • Demam.
  • Jika melebihi 40 tahun.
  • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
  • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
  • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa dialami.
  • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
  • Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
  • Kejang tengkuk/leher.
  • Khayal/lali.
  • Sawan.
  • Rasa lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta.
  • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
  • Loya, muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

Cara cegah:

  1. Tangani tekanan dengan baik.
  2. Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
  3. Pemakanan seimbang.
  4. Kerap bersenam.
  5. Berhenti merokok.
  6. Amalkan gaya hidup sihat