WELCOME ALL TO SAKURA HOUSE

Come n see my bling² SWAROVSKI. See, adored n jangan malu² untuk make an order.
Pelbagai design available with a reasonable price. HAPPY SHOPPING!!!

FYI, suma gelang ni available untuk kanak2 juga ye :D biasanya untuk kanak2, harga akn kurang dari yg dewasa kerana bilangan batu yg digunakan kurang dari dewasa.

Berminat?? sms or call sy : 017-3320955

Wednesday, September 2, 2009

Hilangkan penat seharian

*Petua ni dibuat sebelum kita melelapkan mata nak tido malam*

-->Bertasbih (Subhanaallah) 33x
-->Bertahmid (Alhamdulillah) 33x
-->Bertahmid ( Allahuakbar) 33x

Kemudian selawat ke tapak tangan & raub/sapu ke muka.

Insyaallah jika selalu diamalkan rasa penat yang kita tanggung dalam kehidupan seharian akan menjadi ringan.

tegangkan kulit wajah dengan putih telur dan limau nipis.

*Petua tradisional untuk tegangkan kulit wajah & kurangkan kulit muka berminyak*

Ambil putih telur tanpa kuning telur. Letak di dalam piring atau any bekas. Kemudian ambil limau nipis, perahkan perahan air limau tersebut sedikit ke dalam bekas yang diisi putih telur tersebut. Kemudian stir kan campuran tersebut untuk bagi dia bercampur. (for 1st time user, akan rasa kulit muka pedih sbb dicampur limau, tp lps diamalkan ia akn hilang)

Kemudian sapu ke seluruh muka, elakkan terkena dari bulatan mata. Tunggu hingga kering kemudian cucikan guna air. Tak kisah air suam atau tidak. Amal kan dalam seminggu 3x.

Insyaallah, pada yang mengamalkan dapat melihat kesannya.

Cara tradisional: kacang hijau & kuning telur serikan wajah

Serikan kulit wajah / muka

Mula-mula ambil segenggam kacang hijau, dikisar atau dimesin halus dan campur sikit kuning telur. Kacau sampai rata semua bahan tadi dan sapu kat muka perlahan-lahan. Selepas lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan gunakan air suam. Insyaallah kulit muka akan cerah dan berseri.

Buat sendiri coklat sedap!!!


Bahan-bahan yg diperlukan:

=>300 gm cooking coklat (ada jual kat kedai bakery tu)
=>50 gm cocoa butter
=>kekacang [badam/kacang/hazel/walnut/kismis = anything yg korang nk letak la sebagai penyedap]
=>acuan coklat (guna la pelbagai bentuk acuan yg menarik2, doraemon ke apa ke.. hehehe)


Cara Memasak

1. Cincangkan semua bahan dan masukkan dalam bekas tahan panas.
2. Letakkan dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair.
3. Tuangkan coklat dalam acuan coklat.
4. Masukkan beberapa biji kacang atau kismis. masukkan la or tekan dengan lidi ke garpu ke untuk nk bg dia tertanam dalam coklat tu then sejukkan je.
5. Pastu keluarkan dari acuan (caranya: tekan or ketuk2 skit kt tengah belakang bekas acuan mcm keluarkan cube air batu)
6. Dah siap semua, hidangkan je la n ngap!!! :D

Acuan model ekonomi baru

Liberalisasi pengajian tinggi acuan model ekonomi baru
Berita harian - 02 September 2009


Aliran terkini dalam perkembangan IPTA, IPTS mampu merangsang pertukaran kreativiti, inovasi serta nilai tinggiUSAHA liberalisasi sektor pengajian tinggi negara dibuat selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meningkatkan daya saing dan kedudukan Malaysia dalam ekonomi dunia. Selain itu, usaha liberalisasi pengajian tinggi Malaysia akan membantu usaha kerajaan untuk membentuk dan membangunkan model ekonomi baru yang sedang dirangka bertujuan memesatkan lagi pencapaian ekonomi negara.


Tambahan pula, dalam era ekonomi dunia yang berasaskan pengetahuan dan kini menitikberatkan penerapan nilai inovasi, liberalisasi pengajian tinggi adalah penting dan dianggap kritikal kerana pengajian tinggi adalah tempat yang mana elemen seperti kreativiti, inovasi serta nilai tinggi yang lain berkembang melalui kepelbagaian peranan dan aktivitinya. Pengajian tinggi juga berperanan dalam memastikan pembangunan dan kelahiran modal insan yang relevan terhadap keperluan, kehendak dan situasi ekonomi global. Berikutan itu, liberalisasi sektor pengajian tinggi negara, terutama membabitkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diharap dapat melonjakkan Malaysia sebagai hab serantau pengajian tinggi terkemuka di dunia. Kerajaan tidak boleh meletakkan hanya kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk melonjakkan kedudukan negara menjadi hab serantau pengajian tinggi kerana IPTA mempunyai matlamat sosial negara yang perlu dijayakan.

IPTA adalah institusi yang mendapat subsidi yang banyak, ia tidak boleh menampung sepenuhnya kehendak negara luar yang menghantar pelajar untuk belajar di sini. Bagi bidang bukan kritikal dan tidak berkaitan sains, teknologi, teknologi maklumat, perubatan dan kejuruteraan, liberalisasi membolehkan penyertaan ekuiti asing sehingga 49 peratus menerusi usaha sama dengan rakan tempatan dan meningkat kepada 100 peratus menjelang 2012. Bagi bidang kritikal dan membabitkan sains, teknologi, teknologi maklumat dan kejuruteraan, membolehkan penyertaan ekuiti asing sehingga 51 peratus dan meningkat 100 peratus menjelang 2012.

Ketika merasmikan Seminar Liberalisasi Pengajian Tinggi di Putrajaya, baru-baru ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata usaha liberalisasi pengajian tinggi akan mendatangkan beberapa manfaat dan kelebihan. Ini termasuk meningkatkan lagi pelaburan ekonomi luar dalam sektor pendidikan dan pengajian tinggi; pembukaan dan peningkatan akses pengajian tinggi; berpotensi untuk menjadikan sektor ini sebagai antara sumber kekayaan baru negara serta memastikan daya saing dan kualiti pengajian tinggi negara adalah setanding dengan pengajian tinggi yang ada di negara lain.

Oleh itu, kementerian itu mengambil pendekatan awal untuk memastikan usaha liberalisasi itu akan dapat direalisasikan dan dijayakan dengan kerjasama semua pihak termasuk IPTA, IPTS dan sektor sokongan serta agensi kerajaan yang lain. Pada masa ini, ada beberapa aspek yang akan diberi perhatian khusus dan dibangunkan. Pertama, peranan pihak swasta dalam sektor pengajian tinggi negara akan ditingkatkan melalui usaha peningkatan pelaburan dalam industri pengajian tinggi di negara ini. Pihak swasta juga disaran untuk meningkatkan aspek kualiti, di samping digalak untuk terus menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran kondusif dalam sektor pengajian tinggi. Menyedari kepada perkembangan terkini dan trend pengajian tinggi dunia, antara langkah yang sudah diambil ke arah usaha liberalisasi, termasuk meningkatkan peranan institusi pengajian tinggi luar yang boleh dilakukan melalui pembukaan kampus cawangan universiti luar negara, peningkatan usaha jalinan kerjasama strategik antara institusi tempatan dan antarabangsa, menggiatkan lagi usaha pengantarabangsaan serta program mobiliti pelajar. Sudah semestinya kementerian terbabit mahu menilai risiko, selain membuka peluang terhadap usaha liberalisasi sektor pengajian tinggi dan mengenal pasti kesan serta impak usaha itu kepada dasar dan isu yang ada dalam sektor pengajian tinggi dan mengumpul maklumat serta idea bagi tujuan pelaksanaan.

Persatuan Universiti dan Kolej Swasta Malaysia (MAPCU) melaporkan bahawa seramai 450,531 pelajar mendaftar di IPTS membabitkan 399,852 pelajar Malaysia, iaitu peningkatan seramai 102,900 atau 34.3 peratus sejak 2004. Seramai 50,679 pula adalah pelajar antarabangsa di Malaysia (meningkat 24,740 atau 95.4 peratus sejak 2004). Dianggarkan antara RM4 bilion hingga RM5 bilion dalam bentuk yuran setiap tahun dicatat sektor swasta, termasuk lebih RM700 juta menerusi eksport. Persoalan mengenai kebolehpasaran graduan IPTS tidak pernah menjadi isu, sebaliknya mereka menyumbang kepada keperluan sumber manusia negara. Selaras usaha kerajaan meliberalisasikan pengajian tinggi swasta, kemasukan pelajar pada 2010, berdasarkan sasaran angka Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), iaitu sasaran 40 peratus kadar kemasukan bagi kumpulan usia 17 hingga 23.

Impak liberalisasi terhadap pengajian tinggi swasta amat dirasai dalam hubungan dengan sektor perkhidmatan. Paling ketara, kemungkinan jumlah institusi pengajian tinggi luar negara bertambah, selain kelulusan dan proses akreditasi membabitkan tahap program dalaman (biasanya dalam bentuk status akreditasi sendiri), manakala IPTS lain masih diwajibkan mendapat salinan kelulusan serta prosedur akreditasi. Dalam sesetengah kes, akses kepada insentif dan faedah yang biasanya tidak diperoleh IPTS dan akses segera kepada kumpulan bakat tempatan yang menamatkan pengajian di IPTS. Persoalan yang mungkin timbul dalam ruang lingkup liberalisasi ialah adakah 'level playing field' berlaku; kebimbangan terhadap IPTS daripada menjadi terlalu padat; sejauh mana dasar kerajaan dan ketegasan kerajaan untuk mengambil pelajar asing serta sejauh mana kekuatan negara dalam aspek ini.

Presiden MAPCU, Dr Parmjit Singh, berkata liberalisasi penuh dalam sektor itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan lebih-lebih lagi, pengajian tinggi sudah menjadi perkara yang bersifat 'trans-national'. Katanya, sektor IPTS amat diperlukan bagi menyokong pertumbuhan dalam eksport perkhidmatannya dan menjadi penjaga bagi merangsang kemasukan dan mengurangkan pengaliran tukaran wang asing. "Dalam pada itu, ia juga bertujuan menyediakan akses tempatan kepada pengajian tinggi, sekali gus membangunkan sumber manusia yang diperlukan bagi menyokong transformasi model ekonomi Malaysia," katanya.

Zakat : Seiring kedatangan Ramadan

Seiring kedatangan Ramadan, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat fitrah. Seseorang Muslim yang melaksanakan kewajipan berzakat ini sebenarnya akan berasa lebih tenang dan damai hatinya setelah berjaya melalui proses penyucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah diamanahkan kepada si pemiliknya kepada sebahagian individu lain memerlukannya.

Zakat adalah sebahagian harta tertentu kepada orang yang berhak menerimanya dengan syarat tertentu untuk menyeimbangkan jurang pendapatan di kalangan ummah bagi mencapai suatu tingkat hidup lebih baik kepada paras nisbah yang wajar.

Harta sebenarnya adalah alat untuk mencari kebahagiaan hakiki di akhirat dan bukannya matlamat untuk menjadi hamba kepada nafsu sendiri. Justeru, sebagai tanda menggambarkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan nikmat harta benda kepada seseorang individu itu, maka amat wajar dikongsi bersama dengan orang di sekeliling yang tidak mampu untuk merasai kemewahan hidup.

Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat.

Waktu tertentu untuk umat Islam mengeluarkan zakat fitrah adalah seperti berikut:

Waktu harus - dari awal Ramadan hingga akhir bulan berkenaan.
Waktu wajib - selepas terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan.
Waktu paling afdal - selepas solat Subuh pada hari terakhir Ramadan
Waktu makruh - selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri hingga waktu Maghrib.
Waktu haram - selepas terbenamnya matahari pada hari raya Aidilfitri.

Penggodam??

Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia
Berita Harian - 02 September 2009

Susulan dakwaan Kuala Lumpur mengambil budaya mereka untuk promosi JAKARTA: Sekumpulan penggodam komputer Indonesia kelmarin mendakwa menyerang beberapa laman web Malaysia, insiden terbaru yang membayangkan kehampaan berterusan selepas Kuala Lumpur didakwa menggunakan tarian tradisi republik itu untuk mempromosi pelancongannya. Satu kenyataan dihantar ke sebuah blog bertajuk "Terselubung" berkata beberapa laman web Malaysia digodam dan dicacatkan.

Blog itu menyenaraikan lebih 120 alamat internet, termasuk domain bagi pendidikan Malaysia dan laman pelancongan. Namun pemeriksaan ke atas contoh laman web yang disenaraikan mendedahkan hanya beberapa daripadanya masih dicacatkan. Laman web rasmi Malaysia kembali pulih dan hanya beberapa laman web persendirian termasuk risalah syarikat pemasaran internet, masih memaparkan mesej penggodam, sementara yang lain tidak boleh dibuka atas beberapa sebab. Dengan lagu kebangsaan Indonesia dimainkan sebagai muzik latar, laman web risalah berkenaan digodam ditandatangani oleh M364tron dan berkata: "Satu demi satu anda mengambil budaya kami, namun kami tidak akan diam. Anda masih menjadi sasaran utama kami."

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah melahirkan perasaan "kecewa" berhubung tindakan penggodam tempatan dan menggesa kedua pihak bertenang. "Saya fikir mereka memberi tindak balas dengan cara tidak wajar dan hanya memburukkan keadaan," kata Faizasyah. "Kami tidak percaya bahawa serangan ke atas laman web Malaysia diganggu secara besar-besaran sehingga mengganggu hubungan dua hala, namun mereka mungkin menyebabkan keadaan berang dari segi psikologi, justeru semua orang perlu bertenang." Musni Umar, seorang anggota tempatan Kumpulan Individu Terkemuka, satu pertubuhan pakar dan bekas pemimpin dari kedua negara, berkata penggodam keterlaluan dan insiden itu membabitkan hanya golongan muda yang sering bertindak secara emosi berbanding rasional.
"Saya tidak bimbang pada hari ini, saya bimbang apabila golongan muda ini mengambil alih pemerintahan negara dengan sangka buruk terhadap jiran mereka," katanya. "Ya kita perlu melakukan sesuatu mengenainya.


Komunikasi dua hala perlu membabitkan belia bagi membantu mereka memahami perlunya mengekalkan hubungan baik dengan jiran." Perasaan berang dengan Malaysia memuncak lagi minggu lalu berhubung dakwaan bahawa satu tarian Bali digunakan bagi mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia, walaupun didedahkan selepas itu tiada agensi kerajaan memainkan peranan dalam membuat iklan itu. - Agensi

Menjaga Keseimbangan Puasa

Hai semua.. time bulan-bulan puasa ni biasanya kaum Hawa ni lah yang excited sungguh nk kurangkan berat badan. Tp dlm nk diet2 ni, kena diambil kira juga kesihatan kita. Jgn sbb nk diet nya pasal, kesihatan kita pula yang terganggu.


AMALAN berpuasa bukan hanya berkisar kepada sudut rohaniah, malahan didapati mempunyai kesan positif terhadap fizikal badan. Bukan setakat memberi peluang sistem penghadaman berehat, malahan membolehkan metabolisma badan menurun dan kembali seimbang dengan keperluan badan.

Namun, menahan diri daripada lapar dan dahaga lebih 13 jam sehari memerlukan kita menjaga keseimbangan tenaga badan dan aktiviti harian. Amalan bersahur dan tidak melengahkan waktu berbuka digalakkan, supaya keperluan nutrien dan tenaga badan tidak terjejas sepanjang berpuasa.

Air

Lebih 60 peratus (dua pertiga) struktur badan manusia dibina daripada air, elemen utama kehidupan. Berbanding nutrien lain yang diperlukan untuk tenaga badan, air merupakan satu keperluan asas yang diperlukan untuk badan terus berfungsi.

Kekurangan air badan (dehidrasi) boleh menjejaskan kesihatan dan juga mengancam nyawa bagi situasi kehilangan air berlaku secara berterusan (seperti muntah dan cirit-birit).
Untuk memastikan badan mempunyai bekalan air secukupnya sepanjang waktu berpuasa, kita perlu menilai keperluan badan berdasarkan aktiviti harian, kesihatan diri dan juga cuaca.


Mereka yang kurang sihat, banyak melakukan aktiviti fizikal (berjalan, berlari) atau meredah cuaca panas memerlukan lebih banyak air dari biasa. Amalkan bersahur supaya dapat minum air secukupnya sebelum mula berpuasa.

Dehidrasi juga boleh berlaku akibat pengambilan kafein dan ubat tertentu, masalah sistem penghadaman, banyak berpeluh dan juga kandungan gula di dalam darah yang tinggi (diabetes). Adalah lebih baik mengamalkan pengambilan air kosong berbanding minuman berkafein, serta mendapatkan nasihat doktor mengenai ubat yang mungkin memberi kesan kepada kandungan air badan.

Kekejangan

Antara kesan dehidrasi dan terlalu banyak aktiviti fizikal di siang hari adalah kekejangan otot. Kekejangan otot juga tidak terhad kepada otot kaki, malahan otot leher, belakang, perut dan sebagainya.

Kebiasaannya, kekejangan otot bukan sahaja akibat kekurangan air, tetapi juga melibatkan kekurangan oksigen, pengumpulan asid laktik serta kandungan sodium dan potasium darah yang rendah.

Kekejangan otot dapat dielakkan dengan pengambilan air serta garam galian yang cukup, terutamanya makanan yang tinggi dengan potasium. Bernafas dengan laju pula dikatakan dapat meredakan kekejangan akibat kurang oksigen dan pengumpulan asid laktik pada otot.
Urutan lembut, regangan serta menggunakan sesuatu yang suam atau sejuk juga mungkin dapat membantu. Haba dapat meningkatkan aliran darah permukaan, menjadikan otot lebih fleksibel dan mengurangkan rasa kejang.


Tekanan atau urutan kuat pada otot yang kejang pula hanya akan memburukkan lagi keadaan. Menggunakan sesuatu yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh membawa kepada kekejangan otot.

Asas yang ingin ditekankan di sini adalah pengambilan air secukupnya mengikut aktiviti fizikal, kesihatan badan dan cuaca. Elakkan berlakunya kekejangan mahupun mana-mana masalah kesihatan akibat kekurangan air atau nutrien keperluan badan.

Amalkan bersahur dan berhemah ketika berbuka. Jangan tidur dijadikan alasan tidak bersahur dan jangan puasa dijadikan alasan 'membalas dendam' ketika berbuka. Jagalah keseimbangan berpuasa, mengikut keperluan agama dan juga badan.

Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.