WELCOME ALL TO SAKURA HOUSE

Come n see my bling² SWAROVSKI. See, adored n jangan malu² untuk make an order.
Pelbagai design available with a reasonable price. HAPPY SHOPPING!!!

FYI, suma gelang ni available untuk kanak2 juga ye :D biasanya untuk kanak2, harga akn kurang dari yg dewasa kerana bilangan batu yg digunakan kurang dari dewasa.

Berminat?? sms or call sy : 017-3320955

Wednesday, September 2, 2009

Acuan model ekonomi baru

Liberalisasi pengajian tinggi acuan model ekonomi baru
Berita harian - 02 September 2009


Aliran terkini dalam perkembangan IPTA, IPTS mampu merangsang pertukaran kreativiti, inovasi serta nilai tinggiUSAHA liberalisasi sektor pengajian tinggi negara dibuat selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meningkatkan daya saing dan kedudukan Malaysia dalam ekonomi dunia. Selain itu, usaha liberalisasi pengajian tinggi Malaysia akan membantu usaha kerajaan untuk membentuk dan membangunkan model ekonomi baru yang sedang dirangka bertujuan memesatkan lagi pencapaian ekonomi negara.


Tambahan pula, dalam era ekonomi dunia yang berasaskan pengetahuan dan kini menitikberatkan penerapan nilai inovasi, liberalisasi pengajian tinggi adalah penting dan dianggap kritikal kerana pengajian tinggi adalah tempat yang mana elemen seperti kreativiti, inovasi serta nilai tinggi yang lain berkembang melalui kepelbagaian peranan dan aktivitinya. Pengajian tinggi juga berperanan dalam memastikan pembangunan dan kelahiran modal insan yang relevan terhadap keperluan, kehendak dan situasi ekonomi global. Berikutan itu, liberalisasi sektor pengajian tinggi negara, terutama membabitkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diharap dapat melonjakkan Malaysia sebagai hab serantau pengajian tinggi terkemuka di dunia. Kerajaan tidak boleh meletakkan hanya kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk melonjakkan kedudukan negara menjadi hab serantau pengajian tinggi kerana IPTA mempunyai matlamat sosial negara yang perlu dijayakan.

IPTA adalah institusi yang mendapat subsidi yang banyak, ia tidak boleh menampung sepenuhnya kehendak negara luar yang menghantar pelajar untuk belajar di sini. Bagi bidang bukan kritikal dan tidak berkaitan sains, teknologi, teknologi maklumat, perubatan dan kejuruteraan, liberalisasi membolehkan penyertaan ekuiti asing sehingga 49 peratus menerusi usaha sama dengan rakan tempatan dan meningkat kepada 100 peratus menjelang 2012. Bagi bidang kritikal dan membabitkan sains, teknologi, teknologi maklumat dan kejuruteraan, membolehkan penyertaan ekuiti asing sehingga 51 peratus dan meningkat 100 peratus menjelang 2012.

Ketika merasmikan Seminar Liberalisasi Pengajian Tinggi di Putrajaya, baru-baru ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata usaha liberalisasi pengajian tinggi akan mendatangkan beberapa manfaat dan kelebihan. Ini termasuk meningkatkan lagi pelaburan ekonomi luar dalam sektor pendidikan dan pengajian tinggi; pembukaan dan peningkatan akses pengajian tinggi; berpotensi untuk menjadikan sektor ini sebagai antara sumber kekayaan baru negara serta memastikan daya saing dan kualiti pengajian tinggi negara adalah setanding dengan pengajian tinggi yang ada di negara lain.

Oleh itu, kementerian itu mengambil pendekatan awal untuk memastikan usaha liberalisasi itu akan dapat direalisasikan dan dijayakan dengan kerjasama semua pihak termasuk IPTA, IPTS dan sektor sokongan serta agensi kerajaan yang lain. Pada masa ini, ada beberapa aspek yang akan diberi perhatian khusus dan dibangunkan. Pertama, peranan pihak swasta dalam sektor pengajian tinggi negara akan ditingkatkan melalui usaha peningkatan pelaburan dalam industri pengajian tinggi di negara ini. Pihak swasta juga disaran untuk meningkatkan aspek kualiti, di samping digalak untuk terus menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran kondusif dalam sektor pengajian tinggi. Menyedari kepada perkembangan terkini dan trend pengajian tinggi dunia, antara langkah yang sudah diambil ke arah usaha liberalisasi, termasuk meningkatkan peranan institusi pengajian tinggi luar yang boleh dilakukan melalui pembukaan kampus cawangan universiti luar negara, peningkatan usaha jalinan kerjasama strategik antara institusi tempatan dan antarabangsa, menggiatkan lagi usaha pengantarabangsaan serta program mobiliti pelajar. Sudah semestinya kementerian terbabit mahu menilai risiko, selain membuka peluang terhadap usaha liberalisasi sektor pengajian tinggi dan mengenal pasti kesan serta impak usaha itu kepada dasar dan isu yang ada dalam sektor pengajian tinggi dan mengumpul maklumat serta idea bagi tujuan pelaksanaan.

Persatuan Universiti dan Kolej Swasta Malaysia (MAPCU) melaporkan bahawa seramai 450,531 pelajar mendaftar di IPTS membabitkan 399,852 pelajar Malaysia, iaitu peningkatan seramai 102,900 atau 34.3 peratus sejak 2004. Seramai 50,679 pula adalah pelajar antarabangsa di Malaysia (meningkat 24,740 atau 95.4 peratus sejak 2004). Dianggarkan antara RM4 bilion hingga RM5 bilion dalam bentuk yuran setiap tahun dicatat sektor swasta, termasuk lebih RM700 juta menerusi eksport. Persoalan mengenai kebolehpasaran graduan IPTS tidak pernah menjadi isu, sebaliknya mereka menyumbang kepada keperluan sumber manusia negara. Selaras usaha kerajaan meliberalisasikan pengajian tinggi swasta, kemasukan pelajar pada 2010, berdasarkan sasaran angka Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), iaitu sasaran 40 peratus kadar kemasukan bagi kumpulan usia 17 hingga 23.

Impak liberalisasi terhadap pengajian tinggi swasta amat dirasai dalam hubungan dengan sektor perkhidmatan. Paling ketara, kemungkinan jumlah institusi pengajian tinggi luar negara bertambah, selain kelulusan dan proses akreditasi membabitkan tahap program dalaman (biasanya dalam bentuk status akreditasi sendiri), manakala IPTS lain masih diwajibkan mendapat salinan kelulusan serta prosedur akreditasi. Dalam sesetengah kes, akses kepada insentif dan faedah yang biasanya tidak diperoleh IPTS dan akses segera kepada kumpulan bakat tempatan yang menamatkan pengajian di IPTS. Persoalan yang mungkin timbul dalam ruang lingkup liberalisasi ialah adakah 'level playing field' berlaku; kebimbangan terhadap IPTS daripada menjadi terlalu padat; sejauh mana dasar kerajaan dan ketegasan kerajaan untuk mengambil pelajar asing serta sejauh mana kekuatan negara dalam aspek ini.

Presiden MAPCU, Dr Parmjit Singh, berkata liberalisasi penuh dalam sektor itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan lebih-lebih lagi, pengajian tinggi sudah menjadi perkara yang bersifat 'trans-national'. Katanya, sektor IPTS amat diperlukan bagi menyokong pertumbuhan dalam eksport perkhidmatannya dan menjadi penjaga bagi merangsang kemasukan dan mengurangkan pengaliran tukaran wang asing. "Dalam pada itu, ia juga bertujuan menyediakan akses tempatan kepada pengajian tinggi, sekali gus membangunkan sumber manusia yang diperlukan bagi menyokong transformasi model ekonomi Malaysia," katanya.

No comments:

Post a Comment