WELCOME ALL TO SAKURA HOUSE

Come n see my bling² SWAROVSKI. See, adored n jangan malu² untuk make an order.
Pelbagai design available with a reasonable price. HAPPY SHOPPING!!!

FYI, suma gelang ni available untuk kanak2 juga ye :D biasanya untuk kanak2, harga akn kurang dari yg dewasa kerana bilangan batu yg digunakan kurang dari dewasa.

Berminat?? sms or call sy : 017-3320955

Thursday, September 3, 2009

Bantu Membantu

Keluarga bayi jantung berlubang mohon simpati
Berita Harian 3 September


GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan, Muhd Anas Mohd Asri, yang menderita penyakit jantung berlubang memerlukan sebanyak RM40,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan dengan segera. Anak bongsu daripada tujuh beradik itu dijadualkan menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC) di sini, dalam tempoh terdekat. Ibunya, Norasiah Zakaria, 39, berkata dia yang tidak bekerja, manakala suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori tidak mampu menanggung kos pembedahan yang begitu tinggi.

"Besarlah harapan kami orang ramai dapat menghulurkan sumbangan bagi memastikan pembedahan dapat dilakukan segera supaya dia dapat membesar seperti kanak-kanak lain," katanya di sini, semalam. Orang ramai ingin menderma boleh berbuat demikian menerusi cek atas nama Berita Harian dengan menulis nama Muhd Anas di belakangnya dan dialamatkan ke Bahagian Kewangan/Unit kebajikan, The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment