WELCOME ALL TO SAKURA HOUSE

Come n see my bling² SWAROVSKI. See, adored n jangan malu² untuk make an order.
Pelbagai design available with a reasonable price. HAPPY SHOPPING!!!

FYI, suma gelang ni available untuk kanak2 juga ye :D biasanya untuk kanak2, harga akn kurang dari yg dewasa kerana bilangan batu yg digunakan kurang dari dewasa.

Berminat?? sms or call sy : 017-3320955

Thursday, September 3, 2009

Pelajar luar kampus UUM

Mahasiswa: Khidmat sosial
Berita Harian 03 September 2009


Pelajar luar kampus UUM bantu murid luar bandar celik IT AGENDA kerajaan untuk meningkatkan tahap celik teknologi maklumat (IT) di kalangan masyarakat luar bandar turut mendapat sokongan warga Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menjayakannya. Baru-baru ini, pelajar luar kampus (PLK) universiti itu menjayakan program khidmat masyarakat bertema ‘Celik IT’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Hakim Teh, Pulau Timbul, Jitra, Kedah.

Seramai 30 murid Tahun Lima sekolah berkenaan mendapat bimbingan mahasiswa universiti itu menggunakan program Microsoft Word, Excel dan Power Point, selain melayari internet bagi mencari maklumat. Pengarah program, Mohd Shahfri Abd Rashid, berkata penganjuran projek itu mencapai objektif serampang dua matanya, iaitu melengkapkan syarat pengajian dan menyumbang ilmu IT kepada murid di kawasan terbabit. Sempena program itu, katanya, mereka turut menyampaikan sumbangan mesin pencetak serta topeng penutup hidung dan mulut kepada murid sekolah berkenaan.

“Program sehari disertai 18 PLK ini dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia serta Kelab Senifoto UUM. “Diharap penganjuran projek ini dapat mengeratkan hubungan warga universiti dengan masyarakat dan membuktikan bahawa mahasiswa juga mampu menyumbang khidmat sosial,” katanya. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Hakim Teh, Mariam Syed Mahadzar, menyifatkan program khidmat bakti mahasiswa UUM itu sebagai sumbangan bermakna kepada sekolah. “Terima kasih kepada mahasiswa UUM kerana memilih sekolah ini untuk menjalankan program mereka.

“Walaupun hanya sehari, ia memberi manfaat besar kepada murid dan menyemarak lagi minat mereka mendalami IT,” katanya. Sementara itu, seorang PLK terbabit, Neoh Shean In, berkata penyertaan dalam program itu bukan saja membolehkannya mengenali murid sekolah itu, malah berkongsi pengalaman guru mengajar di kampung itu. “Kepuasan tidak tergambar apabila melihat sendiri murid dibimbing begitu gembira serta bersemangat dapat memahami dan menggunakan program komputer diajar. “Saya dan rakan pasti akan datang semula ke sekolah ini untuk menjalankan lebih banyak program bimbingan, sekali gus mengeratkan hubungan dengan warga sekolah ini," katanya.

No comments:

Post a Comment